Kamis, 26 Agustus 2010

makna hidup

Sahabatku,,,
Jika engkau tahuu..
Bahawa Kemiskinan yang membuatmu sengsara itu..
mampu menjelaskan pengetahuan tentang Keadilan..
Dan pengertian tentang Kehidupan..
maka engkau pasti berpuas hati dengan nasibmu.

Kusebut pengetahuan tentang Keadilan ,,
Kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta..
Hanya untuk mencari pengetahuan dan kehidupan..

Dan kusebut pengertian tentang Kehidupan..
Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat..
mengejar kekuatan dan keagungan bagi menempuh jalan kebenaran..

Bergembiralah sahabatku..
Kerana engkau merupakan penyambung lidah Keadilan..
Dan Kitab tentang Kehidupan..

Tenanglah sahabatku.,
kerana engkau merupakan sumber kebajikan..
bagi mereka yang memerintah terhadapmu,.
karna engkau adalah tiang kejujuran..
bagi mereka yang membimbingmu..

Jika engkau menyedari..
bahawa malang yang menimpamu dalam hidup..
merupakan kekuatan yang menerangi hatimu..
dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan,.

maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu,.
dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, .
Serta membuatmu bijaksana..

Kehidupan....
iialah suatu rantai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang berlainan..

Duka...
Merupakan salah satu mata rantai emas..
antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan masa depan..
Antara tidur dan jaga, di luar fajar merekah..

Sahabatku.,
adakah kau tahuu...

bahwa Kemiskinan menyalakan api keagungan jiwa,
sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya..

bahwa Duka melembutkan perasaan,.
sedangkan Suka mengubati hati yang luka..

Bila Duka dan kemelaratan dihilangkan,,
makka jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong,.
karna hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan..

Ingatlah..!!!


bahawa KEIMANAN itu adalah peribadi sejati Manusia..
Keimanan Tidak dapat ditukar dengan emas..
Keimanan tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan..

Mereka yang mewah sering meminggirkan keimananan,.
Mereka yang mewah sering mendakap erat emasnya..

Sahabatku..
Jangan sampai meninggalkan Keimananmu,.
Jangan hanya mengejar kepuasan diri dan kesenangan semata..

Hidup orang yang senang bermewah-mewahan dan mengumpul emas.
Pada hakikatnya seperti hidup cacing di dalam kuburan...
Itu menandakan ketakutan mereka...

Sahabatku..
adakah kiranya kau tahu..
bahwa Air mata yang kutangiskan lebih murni..
Daripada tawa ria orang yang ingin melupakannya,.
Air mata yang kuteteskan lebih manis..
Daripada ejekan seorang pencemuh..
Air mata ini membersihkan hati dan kuman benci,.
Air mata ini mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar